Saturday, December 23, 2023

72C: HOMAI


musim panas hujung akhir dunia.
ulangan: pangkal tahun, yang dahulu itu belum lagi.
matahari bakal runtuh
jaga diri.

cobaan, cobaan.

petang melengas atas roda bas, petang melebur malam
aku fikirkan diri sendiri memerhati progresi kord homai, botany, panmure.
keciciran lamun petang sedekap menuai
rasa takterjemahkan beberapa suku kata bahasa tanah ini.
hanya bahasa ibundaku berkecukupkan dan hanya
moyang berkait aku berkecukupan memahat makna yang cuba dilisankan.

hiba bulan dua belas yang dipastikan lupa, yang tak mahu
dilisankan untuk cernaan mana-mana udznun.

sampai hentian bas tak bernama, aku terlihat dua orang bercinta belakang tingkap
gelak-gelak.
langit merah jambu, keemasan melebur lapan tiga puluh malam

hanya makna atas muka.
aku tak mahu lagi berkongsi tanpa difahami.

selagi aku tenang dan berkecukupkan,
aku tak mahu tahu bahasa antipati mana-mana orang yang tuturkan.