
cara untuk bingkaikan senyuman lembut itu, sampai hilang waras akal,
ya, aku orang gila kali, bila aku terdetik ingin miliki semuanya.
Aku ingin seluruhnya dia hanya kepada aku.
Senyum mentari yang jarang memanisi raut wajah dia,
aku ingin hak milikkan.
Pagi tadi aku masih bermimpi.
Mimpi-mimpi semu.
Aku mau dia lihat aku juga.
Kisahkan aku juga.
Masa hilang sebelum ini aku belanjakan melihat senyumnya dari kejauhan.
Yang masih belum dibelanja, akan makan jarak lebih dari setakat kata jauh.
Dicari ralit dalam ruang hati rumpang ini, tak temu alasan untuk tak berterus terang
tentang rasa yang melimpah aku sorok daripada seorang manusia biasa yang aku
belum kenali, melainkan egoisnya aku.
Kepala otak ini terngiang-ngiang salahnya aku,
hempasan pintu dan tawanya penuh sindir.
Namun fabrikasi memori terlihatkan dia begitu malaikat.
Bunyi tawanya bergema di ruang-ruangan.
Tak adil aku kira ini cinta.
Aku kira ini sebagai obsesi.
Tapi dalam silihan diam dan detik
dia ingatkan aku akan rasa yang telah lalu.
Takut aku tak akan tahu rasa ini lagi, dan dia
berinya padaku tanpa sedar.
Mungkin mudah bagi dia yang tiada terkesan,
tiada tersedar lagi laginya.
tiada tersedar lagi laginya.
Berat bagi aku.
Biarpun ku sedar kau kian jauh tinggalkan aku yang rapuh
Angin kencang membawa kau, jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu.
Apa yang ku fikirkan,inilah penyiksaan.
Biarpun beribu tahun,
Dan namun kau sentiasa dihatiku
Menuai senyumanmu.