Saturday, February 8, 2020

7[6]0


Keujudan merupakan tafsir bahawa jejak pernah terhasil di ruang matriks.
Kerap-kerap dua bulan mengambang aku menjadi ahli fikir
asyik cuba tilik kalau hal itu tak pernah berlaku,
maka benar apa aku tak akan pernah fasih jalan ceritanya?

Aku tak pernah duduk menangis di depan kau, maka
aku tak mungkin akan bisa fikirkan apa yang aku telah nangiskan depan kau.
Aku yang itu tiada rekod ujud.
Capaian tali syaraf 404.

Bumi dan beberapa alam lain atasnya bertinggan.
Sempadan tak selalunya terang mirip ruang strato, atau ruang tropo.
Internet, bunian dan barzakh.
Hari hari kita sela dua kaki masuk ujud bentuk lainnya.

Hari itu, aku termenung di gigi air pantai
hal mana ujud aku tak intersekt dengan ujudnya kau
tapi aku kenal wangi yang tersisa di hujung hidung aku
dan angin membawa sentuhan yang aku kenal sebaiknya.

Tak pernah berlaku keujudan kita yang bertinggan
namun aku kenal jejak yang aku lihat.
Ini kita dalam satah kewujudan alternatif
jumpai aku hanya bila air pasang.