Friday, June 5, 2020

135


Satu tiga lima, dua empat tujuh, tujuh sifar sembilan.
Empat. Empat belas.

Kenapa aku jarang dengar tentang pemberontakan yang gemalai
melekuk batu? Air melekuk batu. Itu apa mereka mahu.
Itu angauan mereka yang duduk di dunia sepi tanpa konflik.
Mereka terlalu tak selesa bingit bingit, bunyi serampang berlaga.
Telinga menjuntai subang sutera itu berdesing.

Di hujung telapak kayangan, ahli-ahli sihir ini
keriangan teriak dipeluk api
walau koyak tekak ulangan yang kami bukan ahli sihir.

Kira dia mati diapi, dia hanyalah manusia.
Kira dia hidup, itulah ahli sihir.

Manusia berperang dengan masa, dan ada yang masih
mau bermain dengan puak penentang.
Masih mau berkawan masa, percaya mentah yang penuaan
akan hakis hal temeh ini kelak.

Kau duduk diam.

Ini cerita bukan untuk kau dan kaum kau
duduk di tengah pentas melambai lemah dengan senyuman hak kau.
Ini ode kepada manusia terlepas api liar kau.
Ini semboyan bagi ahli sihir dilindung kayangan
yang kau
akan kami paksa mengetuk pintu neraka kelak dan tiada yang lepas.